TIPS BISNESS ORANG CINA
by Tao Zhu Gong
- Berniaga mestilah rajin, jika tidak ianya tidak menjadi.
- Belanja mesti jimat, jika tidak putus modal.
- Sambut pelanggan dengan senyum, jika tidak pelanggan lari.
- Masa sentiasa terbuka, jika tidak hilang peluang.
- Harga perlu berpatutan, jika tidak timbul pergaduhan.
- Memberi hutang perlu kenal orangnya, jika tidak hilang modal.
- Akaun perlu semak sendiri, jika tidak tidak tahu kekuatan modal.
- Beri tawaran perlu jelas dan terang, jika tidak ianya tidak teratur.
- Barangan perlu dikemas, jika tidak ibarat sampah-sarap.
- Beri arahan pekerja ikut peraturan, jika tidak makan diri.
- Barang mesti semak sendiri, jika tidak rendah nilai dan mutunya.
- Tempoh waktu tidak boleh lewat, jika tidak hilang kepercayaan.
- Harta peribadi dan syarikat perlu jelas, jika tidak timbul penyelewengan.
- Keluar masuk tunai perlu teliti , jika tidak bertindih kesilapan.
- Menghadapi masalah perlu diselesaikan segera dengan baik, jika tidak mudarat diri.
- Niat mesti kukuh dan jelas, jika tidak membazir wang dan masa
Tiada ulasan:
Catat Ulasan