Isnin, 15 September 2014

Ya Latif

Cara Zikir Ya Latif

1. Setiap lepas solat wirid Ya Latif (يا لطيف129X dan hendaklah membilangnya dengan jari bukan dengan biji tasbih.

2. Cara zikir guna jari ialah:

1) Dimulai dengan tangan kanan iaitu jari kelingking sehingga ibu jari dengan 4 kali pusingan iaitu cukup sebanyak 60X. Satu pusingan 15X dengan satu ruas jari 3X zikir.
 

2) Diulangi lagi 4 pusingan maka bertambah bilangan menjadi 120X (15X darab 8 pusingan). Dan dicukupkan 9X lalu menjadilah 129X.

3. Cara menyebutnya ialah - Ya Latif Ya Latif Ya Latifu (يا لطيفْ يا لطيفْ يا لطيفُ) yakni pada lafaz pertama dan kedua dimatikan huruf Fa’ tersebut dan pada sebutan ketiga di dhommahkan huruf Fa’ tersebut. Begitulah diulangi pada setiap ruas jari yang tiga itu.

4. Apabila selesai wirid maka hendaklah mengucap ayat 19 dari Surah al-Syura ini 7X:

اللَّهُ لَطِيفٌ بِعِبَادِهِ يَرْزُقُ مَنْ يَشَاءُ وَهُوَ الْقَوِيُّ الْعَزِيزُ (١٩) سورة الشورى

Ertinya: Allah Maha Lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba-hambaNya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dia lah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.۝

5. Kemudian berdoalah agar dimurahkan rezeki dan dibukakan pintu-pintu rezeki.

crdt:google

Tiada ulasan:

Catat Ulasan