assalamualaikum
Nak kaya? Nak berjaya dalam perniagaan? Nak jadi usahawan?
Dah banyak kali cuba tapi tak berjaya ? Kenapa eh ...
Ok lah ... untuk bincang isu ni rasanya seminggu tak habis. Kita ringkaskanlah sikit ya ... Begini ... saya sudah 14 tahun terlibat dalam bidang training ni dan rasanya tidak kurang dari 200 orang usahawan dan perniagaan yang telah saya diminta untuk beri nasihat dan tunjuk ajar, untuk troublehoot masalah, bantu bagi nasihat dsbg ... baik perniagaan kedai runcit, kedai makan, klinik perubatan, insuran agency, law firm, engineering, syarikat MLM, dsbg...
Dari situ saya rasa saya nak simpulkan kenapa seseorang itu tidak berjaya dalam perniagaan / tidak boleh jadi kaya / Tuhan tak bagi dia kaya / tak bagi dia jadi usahawan berjaya dsbg ...
1. Niat tak betul - tujuan nak jadi kaya sebab nak jadi bos boleh rilek orang lain bekerja kita pantau je ... hekk elehhhh ... tahu tak jadi bos lagi bnyk kerja lagi bnyk benda kena pikir ... nampak sangat sifat bossy dan malas serta angkuh tu menebal dlm diri ...
Niat tak betul juga termasuk nak bantu adik-adik, nak bantu orang tu orang ni ... nak bantu makhluk tu makhluk ni dan macam2 lagi janji untuk bantu ... SEMUANYA TAK TEPAT !! Bantu diri tu dulu yg masih tak terbantu ...
Sepatutnya niat yg utama untuk jadi kaya / untuk berjaya dalam perniagaan ialah UNTUK MENDEKATKAN DIRI DENGAN ALLAH ... agar jadi lebih beriman dan bertakwa ... agar dapat beribadat dengan lebih khusyuk ... agar Allah lagi sayang ... agar dapat bantu diri tu dulu agar lebih beriman, lebih bersabar, lebih bersyukur, lebih soleh ... It's all about ourself NOT about others.
2. Bangun pagi - memang perangai tak layak jadi orang berjaya. Pukul 8 baru bangun ... subuh entah ke mana ... pukul 10 baru keluar rumah ... pukul 2 pagi tak tidur lagi layan TV .. lepak kat warung dsbg... subuh asyik terlepas ... jgn cakaplaa dhuha ke tahajud ke ... huhh .. yg tu jauh sama sekali ...
3. Biadab dan angkuh - baru je pandu wira / viva / pesona / kereta biasa2 dah cilok sana cilok sini ... berlagak dijalan raya ... biadab ! tekan minyak kuat2 taruk sound system kuat2 bukak lagu kuat2 biadab di jalan raya ... guna laluan kecemasan potong que ... SANGAT KURANG AJAR ... tu baru pandu wira tu ... belum lagi mercedes ... sbb tu Tuhan tak bagi kaya ...
Tuhan bagi setakat wira tu jelah ... Kalau Tuhan bagi kaya dapat beli mercedes tak tahulah macam mana takbur lagi dia atas jalan raya ... infact, habis duit duk repair mercedes tu ... SBB tu kita tengok orang kaya yg drive kereta mewah ... ada ke yg cilok sana cilok sani jadi road bully ... tak ramai kan ... mereka semua drive sangat berhemah ... enjoy the driving ... drive safely ... sbb tu mereka bertambah kaya ... sebab mereka layak utk jadi kaya
4. Pakai nak cantik makan nak sedap kerja malas - baru je bisnes buat untung sikit, baju dah berubah corak dan imej dah berubah ... baju murah dah tak pakai ... semua jadi branded ... makanpun tempat yg highclass ... kat gerai tak boleh ... jatuh standard ... hek elehhhhh ... hari minggu bawak keluarga pergi bercuti pantai itulah pantai inilah ... tiap2 mlm tak payah masak ... makan kat luar ... gaya hidup terus jadi mewah ... bukannya nak guna duit untung tu utk kumpul pergi umrah ke ... set matlamat selesaikan dulu yg wajib tu dulu ke ...
5. Berkira bab sedekah dan zakat - nak keluar sedekah sangat susah ... zakat lagilah ... ada je alasan utk mengelak bayar zakat pendapatan tu ...
6. Malas - asal ada duit sikit je terus malas buat kerja ... semua jadi delay ... semua jadi tertangguh .. baru sikit je Allah bagi rezeki terus lupa diri jadi malas ... tidur jadi banyak ... makan jadi melampau ... Kerja jadi malas ... CONFIRM TUHAN TAK BAGI KAYA !
7. Solat - asal ada duit sikit je solat terus tunggang tebalik ... sibuk sampai tak solat ... masa susah dulu bukan main berdoa sahaja dah setengah jam ... kaya sikit je ... baru sikit Allah bagi rezeki terus lambat2kan solat ... Dhuha?? Huhhhhh ... jauhhhh sama sekali ... Dia lupa bahawa yg bagi rezeki tu adalah ALLAH ...
Share article ni untuk sedara mara /kawan2 anda yg nak berniaga atau baru nak jadi usahawan / yg alami masalah dlm perniagaan ... insyaAllah sama2 kita bantu mereka dan bg sokongan pada mereka untuk berjaya.
selamat membaca :)
*copy paste dari group fb
Tiada ulasan:
Catat Ulasan