Rabu, 19 November 2014

NAK KAYA??..baca ni dan hadam :-)

assalamualaikum

Nak kaya? Nak berjaya dalam perniagaan? Nak jadi usahawan? 
Dah banyak kali cuba tapi tak berjaya ? Kenapa eh ...

Ok lah ... untuk bincang isu ni rasanya seminggu tak habis. Kita ringkaskanlah sikit ya ... Begini ... saya sudah 14 tahun terlibat dalam bidang training ni dan rasanya tidak kurang dari 200 orang usahawan dan perniagaan yang telah saya diminta untuk beri nasihat dan tunjuk ajar, untuk troublehoot masalah, bantu bagi nasihat dsbg ... baik perniagaan kedai runcit, kedai makan, klinik perubatan, insuran agency, law firm, engineering, syarikat MLM, dsbg...
Dari situ saya rasa saya nak simpulkan kenapa seseorang itu tidak berjaya dalam perniagaan / tidak boleh jadi kaya / Tuhan tak bagi dia kaya / tak bagi dia jadi usahawan berjaya dsbg ...

1. Niat tak betul - tujuan nak jadi kaya sebab nak jadi bos boleh rilek orang lain bekerja kita pantau je ... hekk elehhhh ... tahu tak jadi bos lagi bnyk kerja lagi bnyk benda kena pikir ... nampak sangat sifat bossy dan malas serta angkuh tu menebal dlm diri ...
Niat tak betul juga termasuk nak bantu adik-adik, nak bantu orang tu orang ni ... nak bantu makhluk tu makhluk ni dan macam2 lagi janji untuk bantu ... SEMUANYA TAK TEPAT !! Bantu diri tu dulu yg masih tak terbantu ...
Sepatutnya niat yg utama untuk jadi kaya / untuk berjaya dalam perniagaan ialah UNTUK MENDEKATKAN DIRI DENGAN ALLAH ... agar jadi lebih beriman dan bertakwa ... agar dapat beribadat dengan lebih khusyuk ... agar Allah lagi sayang ... agar dapat bantu diri tu dulu agar lebih beriman, lebih bersabar, lebih bersyukur, lebih soleh ... It's all about ourself NOT about others.

2. Bangun pagi - memang perangai tak layak jadi orang berjaya. Pukul 8 baru bangun ... subuh entah ke mana ... pukul 10 baru keluar rumah ... pukul 2 pagi tak tidur lagi layan TV .. lepak kat warung dsbg... subuh asyik terlepas ... jgn cakaplaa dhuha ke tahajud ke ... huhh .. yg tu jauh sama sekali ...

3. Biadab dan angkuh - baru je pandu wira / viva / pesona / kereta biasa2 dah cilok sana cilok sini ... berlagak dijalan raya ... biadab ! tekan minyak kuat2 taruk sound system kuat2 bukak lagu kuat2 biadab di jalan raya ... guna laluan kecemasan potong que ... SANGAT KURANG AJAR ... tu baru pandu wira tu ... belum lagi mercedes ... sbb tu Tuhan tak bagi kaya ...
Tuhan bagi setakat wira tu jelah ... Kalau Tuhan bagi kaya dapat beli mercedes tak tahulah macam mana takbur lagi dia atas jalan raya ... infact, habis duit duk repair mercedes tu ... SBB tu kita tengok orang kaya yg drive kereta mewah ... ada ke yg cilok sana cilok sani jadi road bully ... tak ramai kan ... mereka semua drive sangat berhemah ... enjoy the driving ... drive safely ... sbb tu mereka bertambah kaya ... sebab mereka layak utk jadi kaya

4. Pakai nak cantik makan nak sedap kerja malas - baru je bisnes buat untung sikit, baju dah berubah corak dan imej dah berubah ... baju murah dah tak pakai ... semua jadi branded ... makanpun tempat yg highclass ... kat gerai tak boleh ... jatuh standard ... hek elehhhhh ... hari minggu bawak keluarga pergi bercuti pantai itulah pantai inilah ... tiap2 mlm tak payah masak ... makan kat luar ... gaya hidup terus jadi mewah ... bukannya nak guna duit untung tu utk kumpul pergi umrah ke ... set matlamat selesaikan dulu yg wajib tu dulu ke ...

5. Berkira bab sedekah dan zakat - nak keluar sedekah sangat susah ... zakat lagilah ... ada je alasan utk mengelak bayar zakat pendapatan tu ...

6. Malas - asal ada duit sikit je terus malas buat kerja ... semua jadi delay ... semua jadi tertangguh .. baru sikit je Allah bagi rezeki terus lupa diri jadi malas ... tidur jadi banyak ... makan jadi melampau ... Kerja jadi malas ... CONFIRM TUHAN TAK BAGI KAYA !

7. Solat - asal ada duit sikit je solat terus tunggang tebalik ... sibuk sampai tak solat ... masa susah dulu bukan main berdoa sahaja dah setengah jam ... kaya sikit je ... baru sikit Allah bagi rezeki terus lambat2kan solat ... Dhuha?? Huhhhhh ... jauhhhh sama sekali ... Dia lupa bahawa yg bagi rezeki tu adalah ALLAH ...
Share article ni untuk sedara mara /kawan2 anda yg nak berniaga atau baru nak jadi usahawan / yg alami masalah dlm perniagaan ... insyaAllah sama2 kita bantu mereka dan bg sokongan pada mereka untuk berjaya.

selamat membaca :)

*copy paste dari group fb

Jumaat, 19 September 2014

awesome soya

Assalamualaikum

hari ni nak cita pasal ESP ape tu ESP?.esp ni protein soya yang membantu menghasilkan sel baru utk kulit dan menyingkirkan sel mati dan sel lama kalo istiqomah amalkan esp ni kulit makin anjal cerah dan glowing gitu..esp ni produk paling ngetop kat shaklee



Apa kelebihan dan kebaikan protin sebenarnya?


Keperluan Protin Dalam Diet Harian


Protein hakikatnya boleh didapati dalam makanan harian kita seperti ikan, ayam, daging, kekacang dan banyak lagi. Namun protein ini mudah musnah apabila berada dalam suhu masakan yang tinggi. Apabila ini berlaku, tubuh kita akan menyerap saki baki protein yang ada dan selebihnya badan kita menyerap minyak hasil masakan seperti ikan goreng, ayam goreng atau apa jua masakan terutama yang bergoreng.

Badan kita terdiri daripada sel. Dari sel membentuk tisu. Dari tisu membentuk organ. Dari organ membentuk sistem. Protein merupakan makanan kepada sel. Jika sel mendapat cukup protein ditambah dengan protein yang bagus, sel yang sihat akan mudah terbentuk demi menggantikan sel yang lama dan mati.


Pentingkah Protin?



Our body need protein to grow! It’s a basic material of all living cells and organ-building block of the body.

Stuktur asas badan manusia adalah sel. Segala penyakit pada zaman moden ini disebabkan oleh pengumpulan sel-sel yang LEMAH & KURANG SIHAT. Keperluan protein yang mencukupi dikatakan kunci kesihatan yang optimum – protein diperlukan untuk menghasilkan hormones, enzymes, antibodies and neurotransmitter.

25% daripada badan kita berasal (diperbuat) daripada Protein. – kuku, rambut, kulit, otot-otot adalah protein. Malah Dr. Bruce Miller dalam bukunya mengatakan kita adalah protein.

Protein berasal dari perkataan Greek (PROTOS) bermaksud – ‘the first’ .

Badan kita terdiri daripada :-

  • 66% Water
  • 25% Protein
  • 8% Fats
  • 1% Combination of Minerals & Vitamins 100%

Tahukah Anda?

Shaklee adalah syarikat pertama yang mewujudkan suplemen protein berasaskan kacang soya. Sebenarnya, pengasingan soya pertama yang pernah dihasilkan adalah dicipta oleh Dr. Forest C. Shaklee pada tahun 1970an. Selang beberapa tahun kemudian, beberapa ujian klinikal telah membuktikan apa yang ditemui oleh Dr. Shaklee sebelumnya iaitu protein soya merupakan sebuah blok binaan utama bagi membina kesihatan jangka panjang.

ESP Soy Protein Isolate Powder Shaklee


Ini adalah makanan utama dalam program Shaklee. Amat penting dalam diet harian kita. Ia merupakan minuman berkhasiat, sumber lengkap protein secara biologi yang bermutu paling tinggi yang dihasilkan dari kacang soya. Ia memberi tenaga yang berpanjangan dan membaikpulih sel-sel dan tisu-tisu yang rosak.


ESP Soy Protein Isolate Powder Shaklee mengandungi 14 gram protein soya semulajadi yang baik pada setiap hidangan. Diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones seperti genistein dan daidzein.


ESP Soy Protein Isolate Powder Shaklee tidak mengandungi kolesterol dan laktosa. Ia mengandungi semua asid-asid amino yang diperlukan oleh tubuh kita bagi mengekalkan tisu-tisu yang sihat, termasuk 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dengan sendirinya. 

Produk Protein Soya ini adalah sumber-sumber kalsium dan zat besi yang baik. Selain itu ia tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, pewarna dan bahan pengawet.


ESP Soy Protein Isolate Powder Shaklee ialah Non-GMO SOY!



Shaklee hanya menggunakan protein soya yang tidak diubahsuai genetiknya, iaitu Non-GMO (Non-Genetically Modified Organism), dimana ia disahkan melalui Identity Preservation Program. Program ini memastikan soya yang digunakan oleh Shaklee adalah dipantau dengan ketat dan dikawal sejak mula ditanam, dituai hinggalah diproses.


Risiko Kekurangan Protein (Secara Umum)


  • Anemia (kurang darah atau kurang oksigen dalam darah)
  • Kidney disease (penyakit buah pinggang)
  • Liver (penyakit hati)
  • High Cholesterol (kolesterol tinggi)
  • Low blood pressure (tekanan darah rendah)
  • Low blood sugar (kandungan gula darah rendah)
  • Nerve instability (Fungsi saraf tak stabil)
  • Peptic ulcer (Ulser perut + usus)
  • Poor wound healing (Luka ambat sembuh)
  • Poor blood circulation (Pengaliran darah yang tidak lancar)
  • Poor vision (Penglihatan kurang baik)
  • Irritability (Badan menggeletar)
  • Fatigue (Letih lesu)
  • Weakness (Lemah)
  • Water retention (Tinggi kandungan air dalam tisu badan)
  • Prolonged period of time mental retardation (Terancat akal)
  • Lack of resistance to infection (Ketahanan badan rendah terhadap jangkitan)


Kelebihan ESP Soy Protin Isolate Powder Shaklee


  • membantu membina dan perbaiki tisu-tisu badan, dari sel akan terbentuk organ. Dari organ terhasilnya sistem. Ia penting kepada pembentukan janin dan juga membantu untuk menambahkan susu.
  • menyediakan 14gram protein kacang soya dalam setiap hidangan untuk sihatkan jantung
  • setiap hidangan membekalkan 50% daripada Nilai Harian kalsium untuk menyokong tulang yang kuat
  • kandungan fitoestrogen untuk kesihatan prostat,payudara dan menepous
  • indeks glisemik yang rendah untuk membantu mengekalkan paras gula dalam darah dan boleh dinikmati oleh pesakit kencing manis (diabetes)

Faedah Minum ESP Soy Protein Isolate Powder


  • Pelajar dan pekerja atau individu dewasa : As energy booster (minum waktu pagi, tubuh kita akan lebih bertenaga dan kurang rasa lapar sekaligus membantu untuk kuruskan badan)
  • Lelaki : melindungi daripada sebarang penyakit seperti jantung, kanser dan sebagainya
  • Ibu mengandung : for a healthier pregnancy – well-grown fetus ; less late pregnancy discomfort.
  • Wanita : keanjalan kulit dan warna kulit cerah sekata (protein penting kepada mereka yang ingin kulit yang cantik dan ton warna yang sekata. Mereka yang mempunyai bekas jerawat yang berwarna hitam adalah disebabkan kekurangan protien untuk membina sel baru dan menyingkirkan sel mati yang berwarna hitam tersebut).
  • Ibu Menyusu : membantu untuk menghasilkan susu ibu yang pekat dan tinggi kandungan protein untuk tumbesaran bayi

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
JOY 
SMS/WASAP:01131711006
free consultation after sale :D
www.facebook.com/pages/Joy-liciouzs-beauty-shop

credit:vitaminhouze

Khamis, 18 September 2014

Kisah Hujan dan Neraka



 Pada setiap petang Jumaat, selepas solat Jumaat, selepas melayani para jamaah di Masjid, Imam dan putera lelakinya yang berumur 11 tahun akan keluar ke bandar untuk mengedarkan risalah bertajuk “Jalan Ke Syurga” dan juga menyampaikan ceramah agama.


         Pada petang Jumaat itu, seperti biasa Imam dan putera lelakinya akan keluar untuk mengedarkan risalah. Bagaimanapun pada petang tersebut keadaan di luar rumah sangat sejuk dan hujan pula turun dengan sangat lebat.

         Budak itu memakai baju sejuk dan baju hujan dan berkata “OK ayah, saya sudah bersedia”. Ayahnya berkata “Bersedia untuk apa?”. Budak itu menjawab “Ayah, masa telah tiba untuk kita keluar mengedarkan buku-buku tentang Islam ini”. Ayahnya membalas “Anakku, di luar sana sangat sejuk dan hujan lebat pulak”.

Dengan muka yang kehairanan, budak itu bertanya ayahnya, “Tetapi ayah, adakah manusia tidak masuk neraka jika hari hujan?”

        Ayahnya menjawab, “Anakku, Ayah tak akan keluar dengan cuaca begini..”. Dengan nada sedih, budak itu bertanya, “Ayah, boleh tak benarkan saya pergi?”. Ayahnya teragak-agak seketika, kemudian berkata, “Anakku, awak boleh pergi. Bawalah buku ini semua dan berhati-hati” .

Kemudian, budak itu telah keluar dan meredah hujan. Budak sebelas tahun ini berjalan dari pintu ke pintu dan lorong-lorong sekitar bandar. Dia memberikan risalah dan buku kepada setiap orang yang ditemuinya.

       Setelah dua jam berjalan dalam hujan, akhirnya tinggal hanya satu naskhah padanya. Ketika itu dia telah basah kuyup dan berasa sejuk hingga ke tulang. Budak itu berhenti di satu penjuru jalan sambil mencari seseorang untuk diberikan buku tersebut. Namun keadaan di situ lengang.

Kemudian dia berpatah balik ke rumah pertama yang dia lalu di lorong itu. Dia berjalan di kaki lima menuju ke rumah tersebut. Bila sampai di pintu hadapan, dia menekan suis loceng namun tiada sesiapa yang membuka pintu. Dia tekan lagi dan lagi, tetapi masih tiada jawapan. Dia tunggu lagi tetapi masih tiada jawapan.

       Akhirnya dia berpaling untuk meninggalkan rumah tersebut, tetapi seperti ada sesuatu yang menghalangnya. Dia kembali ke pintu itu dan menekan lagi suis loceng dan buat pertama kalinya mengetuk pintu dengan kuat. Dia tunggu, kemudian seperti sesuatu di anjung rumah itu menghalangnya supaya jangan pergi. Dia menekan suis loceng sekali lagi dan kali ini dengan perlahan pintu dibuka.

Berdiri di hadapan pintu itu seorang perempuan tua yang berwajah kesedihan. Dengan perlahan perempuan tua itu bertanya, “Apa yang boleh saya bantu awak, wahai budak?”.

      Dengan senyuman serta mata yang bersinar yang boleh menyinarkan bumi, budak itu berkata, “Makcik, saya mohon maaf kalau saya telah mengganggu makcik. Saya hanya ingin memberitahu bahawa Allah sangat sayang dan sentiasa melindungi makcik. Saya datang ini hendak memberikan sebuah buku yang terakhir ada pada saya ini. Buku ini menerangkan semua tentang Tuhan, tujuan sebenar Tuhan menjadikan kita dan bagaimana untuk mencapai kebahagiaan daripada-Nya” .

Kemudian, budak itu menyerahkan buku terakhir itu dan berpaling untuk balik. Sebelum berjalan balik, perempuan itu berkata, “Terima kasih ya anak dan semoga Tuhan memberkatimu” .

      Selepas solat Jumaat pada minggu berikutnya, Imam menyampaikan ceramah agama seperti biasa. Dia menamatkan ceramahnya dengan bertanya, “ Ada sesiapa yang ingin bertanya soalan atau ingin berkata sesuatu?”.

     Dengan perlahan, di barisan belakang di kalangan tempat duduk muslimat, suara seorang perempuan tua kedengaran di speaker, “Tiada di kalangan jemaah yang berkumpul ini mengenali saya. Saya tidak pernah hadir sebelum ini. Sebelum hari Jumaat yang lepas, saya belum lagi memeluk agama Islam bahkan tidak terfikir langsung untuk memeluknya. Suami saya telah meninggal dunia beberapa tahun yang lalu, meninggalkan saya sebatang kara, saya benar-benar keseorangan di dunia ini."

      Pada petang Jumaat yang lepas, ketika cuaca sejuk dan hujan lebat, saya telah bertekad untuk membunuh diri kerana sudah putus harapan untuk hidup. Jadi saya mengambil seutas tali dan sebuah kerusi lalu menaiki loteng di rumah saya. Saya ikat tali tersebut dengan kuat pada kayu palang di bumbung rumah kemudian berdiri di atas kerusi, hujung tali satu lagi saya ikat di sekeliling leher saya. Sambil berdiri di atas kerusi, saya berasa benar-benar keseorangan, patah hati. Saya hampir-hampir hendak melompat tiba-tiba loceng pintu berbunyi di tingkat bawah dan saya tersentak. Saya berfikir untuk menunggu sebentar, dan pasti orang itu akan pergi. Saya tunggu dan tunggu, tetapi bunyi loceng semakin kuat dan bertubi-tubi. Kemudian orang yang menekan suis loceng itu, mengetuk pintu pula dengan kuat. Saya berfikir sendirian lagi “Siapalah di muka bumi ini yang boleh buat begini? Tiada siapa pernah tekan suis loceng itu atau nak berjumpa dengan saya”. Saya longgarkan tali ikatan di leher dan kemudian pergi ke pintu hadapan. Ketika itu bunyi loceng kuat dan semakin kuat.

       Bila saya buka pintu dan lihat, sukar untuk dipercayai oleh mata saya, di anjung rumah saya itu berdiri seorang budak yang sangat comel yang bersinar wajahnya seperti malaikat, tidak pernah saya jumpa sebelum ini di dalam hidup saya. Budak itu tersenyum. Oh! Saya tidak dapat hendak gambarkan kepada anda semua. Perkataan yang keluar daripada mulutnya menyebabkan hati saya yang telah lama mati tiba-tiba hidup semula, seruan budak itu seperti suara bayi yang sangat comel. 

“Makcik, saya datang hendak memberitahu bahawa Allah sangat menyayangi dan sentiasa melindungi makcik”. Kemudian dia memberikan kepada saya sebuah buku bertajuk “ Jalan Ke Syurga” yang saya sedang pegang ini.



Bila “malaikat kecil” itu telah pulang meredah sejuk dan hujan, saya menutup pintu dan membaca dengan perlahan setiap perkataan yang tertulis di dalam buku tersebut. Kemudian saya naik semula ke loteng untuk mendapatkan semula tali dan kerusi. Saya tak perlukannya lagi.


Oleh sebab di belakang buku ini ada tertera alamat tempat ini, saya sendiri datang ke masjid ini ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan. Tuhan kepada budak kecil yang telah datang tepat pada waktunya, yang dengan demikian telah terhindar jiwa saya daripada keabadian di dalam neraka.


Ramai yang berada di dalam masjid ketika itu menitiskan air mata. Mereka melaungkan TAKBIR…ALLAH HU AKBAR…gemaan takbir bergema di udara. Imam iaitu ayah kepada budak itu turun dari mimbar pergi ke barisan hadapan di mana “malaikat kecil” itu sedang duduk.


Dia mendakap puteranya dengan air mata keluar tanpa disedarinya. Mungkin tidak ada jemaah yang memiliki saat yang lebih mulia ini dan mungkin di alam semesta ini belum pernah melihat seorang ayah yang penuh kasih sayang dan penghormatan terhadap anaknya.

Isnin, 15 September 2014

Ya Latif

Cara Zikir Ya Latif

1. Setiap lepas solat wirid Ya Latif (يا لطيف129X dan hendaklah membilangnya dengan jari bukan dengan biji tasbih.

2. Cara zikir guna jari ialah:

1) Dimulai dengan tangan kanan iaitu jari kelingking sehingga ibu jari dengan 4 kali pusingan iaitu cukup sebanyak 60X. Satu pusingan 15X dengan satu ruas jari 3X zikir.
 

2) Diulangi lagi 4 pusingan maka bertambah bilangan menjadi 120X (15X darab 8 pusingan). Dan dicukupkan 9X lalu menjadilah 129X.

3. Cara menyebutnya ialah - Ya Latif Ya Latif Ya Latifu (يا لطيفْ يا لطيفْ يا لطيفُ) yakni pada lafaz pertama dan kedua dimatikan huruf Fa’ tersebut dan pada sebutan ketiga di dhommahkan huruf Fa’ tersebut. Begitulah diulangi pada setiap ruas jari yang tiga itu.

4. Apabila selesai wirid maka hendaklah mengucap ayat 19 dari Surah al-Syura ini 7X:

اللَّهُ لَطِيفٌ بِعِبَادِهِ يَرْزُقُ مَنْ يَشَاءُ وَهُوَ الْقَوِيُّ الْعَزِيزُ (١٩) سورة الشورى

Ertinya: Allah Maha Lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba-hambaNya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dia lah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.۝

5. Kemudian berdoalah agar dimurahkan rezeki dan dibukakan pintu-pintu rezeki.

crdt:google

Isnin, 14 Julai 2014

sehari berpuasa!!

Assalamualaikum

Hello and hai lame tak menulis kat sini agak kesibukan sikit hehehe..apepon selamat berpuasa untuk semua muslimin muslimat around the world..

Ok harini nak cerita pasal puasa dan gastric..minggu petama berpuasa tahun ni perut rasa tak syok bile masuk je tengahari mula la rasa sebu senak nak muntah  je terasa cm ade benda cucuk2 kat dalam (bukan baby ye tapi cacing kerawit kot) heheh

Aku ni jenis kalo sahur memang jarang la makan nasi sebab kalo makan nasi nanti tengahari je terasa lapar (pelik kan?) so aku minum air panas gn makan kurma je tak de la rasa perut sebu  rasa bertenaga ada la..lagi satu mybe sebab angin kot tu yang sakit perut..penyakit angin ni memang selalu menyerang aku kalo dia menyerang pehh hazab weh sakit memulas2 perut ni tegolek2 tak bole nak bangun lagi lagi bulan puasa ni memang tebaring je la.dulu masa sekolah rendah penah la paling teruk dia nyerang sakit memulas perot sampai bapak aku bawak pegi klinik tak tahan sakit ni doctor cakap kembung perut ngehehehheh..sampai la sekarang penyakit ni wujud lagi tapi dah tua ni tak kan la kembung perut lagi kot?


Kalo penyakit ni menyerang je aku mula ngelabah cari eno halia bancuh minum bagi lega kalo tak de eno halia aku amik halia idop tu tumbuk2 hancur pastu rendam dalam air panas tutup idong  pastu telan hehehe pedas2 gitu rasa dia KERANA TERPAKSA AKU RELAKAN je telan daripada seksa sakit kan.

ni dia eno halia ya adik2 (pic google)

air halia hokeh..sangup nak telan??

Ada yang cakap ni gastric tapi ntoh la yang pasti dia nyerang time bulan puasa je kalo hari2 biasa kadang tu tak makan dari pagi sampai malam pon releks lagi mocik cool je beb(nampak tak yg perut aku ni ngade2 kan)..kalo gastric biasa lambat makan pon dia nyerang kan ni kalo ikot pemerhatian aku dekat opismate ni la dia selalu makan makan makan je kalo lambat makan sikit mula la guling2 sakit perut hmmmm musykil ni

Haaaa tu cerita aku masa zaman tok kadok la..sekarang aku dah tak de masalah angin sebu perot dan sewaktu dengannye lagi alhamdulilah syukur..sejak aku amalan Shaklee ni memang dh lega la tak de doh adengan guling2 tepi dinding sebab sakit perut hihiikk 

Sekarang bila sahor wajib minum esp campor gn milo sikit, makan kurma 3biji pastu telan papermint ginger plus 3biji alhamdulilah lega perot mocik terasa cargas sehat bertenaga je takde doh senak2 sebu2 perot ni..lagi 1 yang bestnye bile sahor gn esp ni dia bagi rasa kenyang je tak de lemau2 pastu papermint lak yang syoknya dia buang angin dok sendawa manjang syoook wooo terasa ringan je badan hehehe


2sudu esp + 1sudu milo shake2 nyummm sodap

#ESP tinggi kandungan protein dan rendah GI, yang mana mampu buat perut kita tahan lebih lama dgn pelepasan nutrient secara berperingkat, mampu meneutralkan asid perut!

ni si cinta hatiku yg berjaya nyah angin dari bdnku hehehe



JOM INTAI APE SIMPTOM GASTRIK



Penyakit Gastrik atau Gastritis merujuk kepada keradangan pada lapisan dinding perut kita. Di dalam perut kita, terdapat satu lapisan mukus semulajadi yang melindungi dinding perut daripada bahan kimia berasid semulajadi yang sangat diperlukan untuk proses penghadaman makanan di dalam perut. Keradangan dinding perut berlaku apabila terdapat bahan asing yang menghakis lapisan mucus pelindung di permukaan perut.

Penyakit gastrik merupakan penyakit yang kian berleluasa. Alhamdulilah dengan izin Allah swt , penyakit gastrik ini boleh dirawati dan tidak seharusnya menyebabkan anda risau. Namun, sebelum rawatan dimulakan, punca penyakit gastrik dalam seseorang itu harus disiasat terlebih dahulu supaya kita dapat mengambil langkah-langkah untuk mengelakkan kehilangan lapisan mucus pelindung perut lagi.



Punca-punca Gastrik 

Gastrik selalunya disebabkan oleh mengambil ubat-ubatan yang tertentu secara berlebihan. Ubat-ubatan tersebut adalah seperti ubat aspirin atau NSAID (non-steroidal anti-inflammatory). Selain itu, penyalahgunaan alcohol dan jangkitan bakteria Helicobacter pylori di dalam perut boleh menyebabkan proses keradangan dinding perut. Gastrik turut boleh disebabkan oleh anaemia, refluks hempedu, penyalahgunaan dadah, meminum racun, stress ekstrem dan jangkitan virus yang tertentu.



Simptom-simptom Gastrik

Terdapat ramai pesakit gastrik yang tidak mengalami sebarang symptom. Namun, kewujudan penyakit gastrik ini akan tetap menyebabkan kerosakan kepada dinding perut dan seterusnya menyebabkan kesan-kesan buruk yang lebih serius seperti pendarahan di dinding perut. Selalunya, pesakit gastrik akan mengalami symptom-simptom seperti sakit perut, hilang selera makan, rasa loya dan muntah-muntah.

Jikalau penyakit gastrik bertambah sehingga berlakunya ulser perut dan pendarahan di dinding perut, pesakit boleh mengalami masalah najis berdarah yang berwarna hitam atau muntah darah. Symptom tersebut menandakan penyakit gastrik itu sudah menjadi tahap yang sangat serius dan pesakit tersebut harus dibawa ke klinik atau hospital secepat mungkin.

sumber:google



Anda ade masalah macam saya?.selalu perut senak sebu gastrik time berpuasa?.ape kata anda cuba ESP +PAPERMINT GINGER PLUS insyallah tak nyesal..cegah sebelum paroh..Renung2kan



Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
JOY 
SMS/WASAP:01131711006
free consultation after sale :D
www.facebook.com/pages/Joy-liciouzs-beauty-shop



Khamis, 3 Julai 2014

kehebatan anggur muscadine






  1. Anggur muscadine tumbuh semulajadi ditempat yang panas dan lembab berlainan dengan anggur lain yang memerlukan tempat sejuk dan dingin
  2. Ia dikenali sebagi super grapes kerana saiznya yang boleh membesar sebesar BOLA GOLF!
  3. Anggur muscadine mempunyai kulit yang keras dan tebal berbeza dengan anggur biasa yang mempunyai kulit yang lembut dan nipis .
  4. Anggur muscadine tidak perlu di sembur dengan air dan bahan kimia  kerana anggur muscadine boleh menahan suhu panas dan mampu melindungi dirinya dari bakteria dan fungus.
  5.  Anggur biasa mempunyai standard 19 pasang kromosom , anggur muscadin mempunyai 20 pasang yang menjadikannya lebih tahan lasak dan mampu merawat dirinya apabila diserang serangga dan burung.
  6. Bukan itu sahaja kerana ia merupakan satu-satunya anggur yang tidak memerlukan semburan racun perosak !
  7. Menurut Brunswick Biomedical Laboratories of Wareham , Massachusetts pada tahun 2003 , anggur muscadine mempunyai kandungan ORAC (Oxygen Radical Absorbing Capacity ) yang tertinggi antara yang mereka pernah kaji. 6-8 kali ganda lebih tinggi berbanding BLUEBERRIEs
  8. Kaya dengan antioksidan yang dikenali sebagai Oligomeric proanthocyanidins(OPC)OPC dikatakan mempunyai kuasa antioksida yang lebih kuat berbanding vitamin C dan vitamin E.
  9. Ia mempunyai kadar RESVERATROL  6x lebih tinggi dari anggur merah. 
  10. Ia satu-satunya anggur yang mengandungi Ellagic Acid – antikanser dan antiradang.
Shaklee menggunakan keseluruhan buah anggur; kulit, isi & bijinya kerana:-

  1. Anti oksidan & phytonutrients yang tinggi dalam kulit anggur
  2. Kandungan Resveratrol yang tinggi di dalam biji anggur
  3. Isinya juga mengandungi nutrien yang sangat berguna

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
JOY 
SMS/WASAP:01131711006
free consultation after sale :D
www.facebook.com/pages/Joy-liciouzs-beauty-shop

Jumaat, 27 Jun 2014

Bisness mantop hati tenang :-)

Assalamualaikum

ramai yang bertanya senang ke nak buat bisness shaklee ni?.sebenarnya SENANG sangat sangat yela tak payah 

-simpan stok banyak
-buat loan beribu riban

lagi best semua dihujung jari jek 100% online, nak beli barang bole beli online terus kat www.shaklee2u.com.my tak payah nak susah susah kuar umah drive cari paking lagi nak pegi beli barang kat stokis even dok cerok hutan bole buat bisness shaklee janji ade line intenet dan kemahuan yang tinggi NAK SERIBU DAYA TAK NAK SEJUTA ALASAN kan betul tak??


memula sendiri mesti cuba dulu guna produk shaklee bile dah rasa keberkesananya baru senang nak sharing kat orang lain sebarkan kebaikan produk ni biar semua rasa hasil dia yang HEBAT :-) tak perlu nak promote2 just sharing je kebaikan baru senang orang sekeliling kita tesentuh hati heheheh


mengikut kajian diri sendiri la kan orang ni akan jadi menyampah bosan kalo kite selalu dok promote2 or paksa2 orang beli produk kite tapi bile kita sendiri dah cuba sesuatu produk tu then dapat hasil yang positip mesti orang sekeliling kita akan betanya apa yang "kita pakai" betul tak??.automatik orang pon akan tegoda nak cuba produk kita tu janji sharing la seikhlas hati jangan menipu contoh pakai produk xxx tapi claim pkai produk zzz plak haaaaa jangan menipu tak baik heheheh.


sharing tentang kebaikan produk bole buat kat facebook,blog,mulot ke mulot tak kesah mane2 je ikot sesuka hati uoollss yo nak buat online ke offline ke..bisness shaklee ni mlm yes MLM tapi bukan jenis upline goyang kaki downline kojol2 banting tulang kehulu kehilir buat sale nak dapat bonus besar SALAH!!


bisness ni kalau upline goyang kaki dia tak kan dapat ape2 okeh ASAP ke HABOK ke semua tak dapat jangan MIMPI nak dpt bonus sape usaha lebih dia yang akan dapat lebih cth downline usaha keras nk dapat bonus 20k sebulan si upline plak goyang kaki je haaaa bile bonus pay out nanti si downline dapat la 20k setimpal gan usaha dia yang si upline tu dapat TELOR ANGSA jela goyang kaki banyak kan hahhaha kesimpulanya nak dapatkan SESUATU YANG HEBAT TU USAHA PON KENA LA TRIPLE HEBAT


ade sesetengah bisness mlm ni downline hempas pulas buat sale nak bonus masyuukk si upline plak goyang kaki je bile bonus pay out sesama dapat jumlah bonus yg same haaaa ini tidak adil tidak adil bagiku(jom nyanyi)


jangan risau kalo anda tak pandai beniaga,tak reti nak becakap gan orang,MALU tapi MAHU tu semua penghalang kejaayaan NO EXCUSE..upline saya sendiri jauh nun di putrajaya sedangkan saya diselatan tapi bole je koching dari jauh siap kena siram sembur gn upline lagi even jauh heheheh (kak ceetah ampun) semua di buat dihujung jari je melalui group wasap group facebook ni semua group2 yang hebat tak penah sombong tak penah letih bagi semangat dorongan sokongan untuk sesama bejaya..semua tak penah lelah hulur tangan beri tunjok ajar janji anda sendiri NAK!!


ramai rakan2 seperjuangan shaklee yang dah berenti kerja fokus jaga anak kat umah sambil2 buat bisness tapi bulan2 bole je menjana income 3x 4x ganda dari gaji masa kerja opis..bebas nak melancong kemana saja tanpa apply ANUAL LEAVE dari bos tak payah nak kusot masai pikir kerja yang melambak tak setle kat opis bessssst kan?.anda sendiri yang tentukan banyak mana GAJI yang anda nak tiap bulan ada kenaikan gaji janji anda usaha luar biasa.


syarikat yang kukuh dan diyakini seluruh dunia


untuk student2 or suri umah yang sedang tercari2 sesuatu untuk buat duit poket apa kata anda join group saya bersama shaklee sesambil buat kerja umah sambil jana side income saya akan bimbing anda dari ZERO to CHAMPION yang penting anda seorang yang PENYABAR dan punya tahap KEYAKINAN DIRI yang tebal untuk berjaya insyallah sesama kita KAYA BERJAYA dunia akhirat..


100% TRUE!!..bisness shaklee xperlu buat loan ribu riban tak perlu kuar modal beli stok banyak2 penoh umah tapi shaklee membantu anda setle kan loan melaui bonus yg anda dapat tu hehehe



SHAKLEE

✔ Dijamin HALAL
✔ Mendapat Kelulusan KKM
✔ Diiktiraf Doktor Profesional
✔ Tiada Kesan Sampingan
✔ Terbukti Berkesan


sijil halal produk shaklee gunakan tanpa ragu dan was2


shaklee jenis no2: perniagaan ubatan dan kesihatan


jom sesama merubah masa depan ke arah yang lebih baik dengan berniaga



Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
JOY 
SMS/WASAP:01131711006
free consultation after sale :D
www.facebook.com/pages/Joy-liciouzs-beauty-shop



Khamis, 26 Jun 2014

business form home


Bagi korang yang ingin berdaftar sebagai ahli Shaklee, ada 2 kaedah yang boleh korang pilih. Ikut bajet dan kesanggupan korang.

Kaedah 1: 
(i) Yuran Pendaftaran : RM 65 
(ii) Kos Penghantaran : RM 10 (WM) / RM 20 (EM)
(iii) Berikan data peribadi anda seperti berikut :-
  • Nama :
  • No. Kad Pengenalan :
  • Bangsa :
  • Alamat Surat-menyurat :
  • Emel :
  • No. Akaun Bank : * semua bank dibenarkan ( lagi bagus jika korang ada akaun Maybank )
  • Cawangan Buka Akaun Bank : 
  • Nama Pasangan (jika ada) :
  • No. Kad Pengenalan Pasangan :
(iv) Jumlah bayaran keahlian RM 75 (WM) / RM 85 (EM) boleh dibuat terus ke akaun bank saya (hubungi saya terlebih dahulu). Seterusnya saya akan daftarkan korang di mana-mana cawangan Shaklee menggunakan borang seperti di bawah.



Contoh Borang Ahli
*borang ni boleh di beli di cawangan Shaklee, RM 3 sahaja dan ada 10 set. means, boleh daftarkan untuk 10 orang ahli. 
*kalo korang tinggal jauh dari cawangan Shaklee, 



(v) Anda akan terima pesanan SMS daripada pihak Shaklee, menyatakan anda telah berdaftar dan disertakan Nombor ID sekali.
(vi) Anda boleh menggunakan info itu untuk Login ke website online Ahli Shaklee di link 
www.shaklee2u.com.my . Shaklee telah menggunakan 100% sistem online untuk urusan jual beli dan sebagainya untuk memudahkan ahli berurusan dengan pihak Shaklee.




(vii) Selepas beberapa hari (jangkaan 7 hari bekerja), anda akan menerima Member Kit yang pihak Shaklee pos melalui alamat yang anda berikan. (boleh guna alamat lain jika alamat penghantaran member kit tidak sama dengan alamat surat-menyurat di dalam borang tadi)



Member Kit Shaklee yang mengandungi;
Bisnes Manual, Katalog Produk, Senarai Harga Barang, Resit dan sebagainya.



Kaedah 2: ( Keahlian Percuma )

(i) Buat belian produk bernilai lebih kurang RM 650 - RM 670 (automatik mendapat harga ahli) yang bersamaan dengan 200UV (nilai point produk)
(ii) Boleh pilih apa-apa produk yang anda perlukan. 



Contoh : 
2 Canister ESP + 2 Canister Cinch Shake Mix + Cinch Tea Energy + Lecithin + Herb-Lax = 202UV 



(iii) Kos Penghantaran : RM 10 (WM) / RM 20 (EM)
(iii) Berikan data peribadi anda seperti berikut :-


  • Nama :
  • No. Kad Pengenalan :
  • Bangsa :
  • Alamat Surat-menyurat :
  • Emel :
  • No. Akaun Bank : * semua bank dibenarkan
  • Cawangan Buka Akaun Bank :
  • Nama Pasangan (jika ada) :
  • No. Kad Pengenalan Pasangan :

(iv) Jumlah bayaran, mengikut produk yang anda pilih + kos penghantaran boleh dibuat terus ke akaun bank saya (hubungi saya terlebih dahulu). Seterusnya saya akan daftarkan anda di cawangan Shaklee menggunakan borang yang sama seeprti di atas.

Nota : Harga produk automatik dikira dengan Harga Ahli (hubungi saya untuk keterangan lanjut)

(v) Anda juga akan perolehi Member Kit yang akan dihantar sekali dengan produk yang telah anda beli tadi.

*Pembelian RM800 dan keatas dalam satu resit, percuma kos penghantaran.



Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
JOY 
SMS/WASAP:01131711006
free consultation after sale :D


credit:honeyonne.com


Jumaat, 20 Jun 2014

cantik gojes dengan vitamin E

Assalamualaikum

jom sembang2 petang pasal VITAMIN E alang2 bulan ni spesel sebab promo vit e kan BELI 6 PERCUMA 1..aku sangat sangat over suke vit e ni sebab dia bole kempiskan jerawat batu dimuka ku miahahahha..muka aku ni kalo naik jerawat mesti naik jerawat batu sakit woooo seksa jiwa ragaku heheheh dah la besar keras plak tu

penah la dulu naik jerawat batu kat dahi pastu ikot family pegi piknik kat tepi pantai paham2 jela kan tepi laut kan panas lagi2 time matahari memancor tegak tu kulit pon rasa terik tegak sekali gan jerawat batu aku tu ikot jadi terik sekali hehehehe makin membesar makin seksa makin sakit tengok2 dia pecah sndri jerawat tu sebab over terik sangat kot kulit time tuh kena sunburn hehheheh tapi yang tak bestnye jerawat batu ni kalo dah pecah pon parot dia still ade lagi tak cantik wooo hitam 

ha nampak tak?.ni la jerawat batu keras dan sakit

dulu kalau naik jerawat batu selalu tepek lipstik je kat situ bagi kecut ni petua macik2 aku dorang cakap kalau naik jerawat batu tepek lipstik untuk bagi pecah sebab jerawat batu ni keras kalau picit pon dia xpecah lelama nanti dia pecah sendiri so kalau sapu lipstik tu dia kurang la sikit rasa sakit tu..penah dulu aku pegi kelas gan pipi merah kadang2 tu dahi hidong merah sapu lipstik kat jerawat hahahhaha lawak bile ingat balik kenangan tu slumber je aku tepek lipstik sikit kat dahi bile kawan2 tanya aku cakap nak KECUTKAN JERAWAT BATU.

tu cerita lama sebelum aku kenal vit e shaklee sekarang kalau naik jerawat batu je amik vit E  cucuk bg pecah pastu sapu kt jerawat tu esok kompem dh kecut 
jerawat batu sakit wooo cm kne baling batu sebesar penumbok kt dahi je rasa dia
lelama parut jerawat pon tehaposs sekali hoho manyak syook dah tak de la parut2 hitam bekas jerawat batu best ke best??

vitamin e banyak khasiat dia bukan takat untuk hilangkan parut jerawat je jom kita intai ape khasiat vit e ni :

Khasiat Vitamin E :

· -Menjadikan anda tampak lebih muda dengan membantutkan penuaan sel yang disebabkan oleh radikal bebas.

-Memperbaiki peredaran darah,utk memperbaiki tisu, dan sangat berguna dalam rawatan "premenstrual syndrome" dan penyakit fibrocystic payudara


-Ia memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan, mengurangkan parut,

 -mengurangkan tekanan darah, membantu dalam pencegahan penyakit katarak,

 -meningkatkan prestasi atlit, dan mengendurkan otot kaki dari kekejangan.

-Mengekalkan kesihatan saraf dan otot dan di masa yang sama menguatkan dinding kapilari.

- Vitamin E menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat, dan membantu mencegah anemia dan "retrolental fibroplasia", sejenis gejala mata yang boleh menjangkiti bayi pramatang.

-Mengurangkan risiko Alzheimer (nyanyuk)
.
-Mengurangkan risiko keguguran bagi wanita hamil.

- Merendahkan kadar kolesterol.

- Membantu mencegah kanser.

-Vitamin E boleh meningkatkan pengeluaran air mani pada sesetengah lelaki.

-Vitamin E juga dikenali sebagai ‘vitamin cinta’ kerana ia boleh membantu dalam perhubungan suami isteri. Malah wanita hamil, menyusukan anak, mengambil sebarang pil hormon dan melalui fasa menopous memerlukan vitamin E.

Sumber makanan Vitamin E: minyak sayuran, sayuran berdaun hijau gelap, kacang, biji-bijian , dan semua bijirin. Beras perang, makanan daripada jagung, telur, rumpai laut, hati yang dikeringkan, susu, oat, daging organ , kacang soya, ubi kentang, selada air, dan gandum

Kekurangan vitamin E boleh menyebabkan: Mudah radang,penuaan kulit sebelum masa,rambut gugur,anemia


BERITA BAIK BULAN NI ISTIMEWA PROMO VITAMIN E dah dekat nak raya kan mesti smua nak gojes2 kan haaaaa apa kata cuba try vit e ni insyallah anda tak kan nyesal punyo ni la time nya nak grab vit e gan hrga SPESEL bulan lain dah tak dapat vit e gan harga ni..jommmmm CEPAT REBUUUUT

sebotol ni bole TAHAN 4BULAN jimaaat kan?

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
JOY 
SMS/WASAP:01131711006
free consultation after sale :D