Isnin, 24 Februari 2014

TIPS BISNESS ORANG CINA

by Tao Zhu Gong

  1. Berniaga mestilah rajin, jika tidak ianya tidak menjadi. 
  2. Belanja mesti jimat, jika tidak putus modal. 
  3. Sambut pelanggan dengan senyum, jika tidak pelanggan lari. 
  4. Masa sentiasa terbuka, jika tidak hilang peluang. 
  5. Harga perlu berpatutan, jika tidak timbul pergaduhan. 
  6. Memberi hutang perlu kenal orangnya, jika tidak hilang modal. 
  7. Akaun perlu semak sendiri, jika tidak tidak tahu kekuatan modal. 
  8. Beri tawaran perlu jelas dan terang, jika tidak ianya tidak teratur. 
  9. Barangan perlu dikemas, jika tidak ibarat sampah-sarap. 
  10. Beri arahan pekerja ikut peraturan, jika tidak makan diri. 
  11. Barang mesti semak sendiri, jika tidak rendah nilai dan mutunya. 
  12. Tempoh waktu tidak boleh lewat, jika tidak hilang kepercayaan.
  13. Harta peribadi dan syarikat perlu jelas, jika tidak timbul penyelewengan. 
  14. Keluar masuk tunai perlu teliti , jika tidak bertindih kesilapan. 
  15. Menghadapi masalah perlu diselesaikan segera dengan baik, jika tidak mudarat diri. 
  16. Niat mesti kukuh dan jelas, jika tidak membazir wang dan masa

Selasa, 18 Februari 2014

7 tips motivasi pagi untuk lebih semangat







Perkara terbaik yang anda patut lakukan pada waktu pagi ialah;

1. Bersyukur..Bersyukur…dan Bersyukur.. 
Bersyukur sebab anda masih diberikan peluang untuk menerukan hidup. Anda juga masih diberikan kesempatan untuk melakukan yang terbaik pada hari ini, lebih baik daripada hari kelmarin.

2.Tekad Bermotivasi
Pasang niat dalam hati yang anda mahu bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel motivasi-motivasi pendek dan bacalah dalam seminit dua. Di waktu awal pagi, jangan baca news paper, jangan baca gossip-gossip ataupun sebarang aktiviti mengumpat bersama kawan-kawan. Sebabnya, ia akan mengeluarkan energy negative lalu menghalang anda daripada bermotivasi sepanjang hari.

3. Dekatkan Diri Dengan Sessi Motivasi
Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya sesi Motivasi Pagi di TV3 dan ikuti Motivasi Bersama Dr.Izzy di Hot FM. Luangkan masa 3-5 minit untuk memberi motivasi kepada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ini.

Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak dijaga ia mudah turun. Kesannya anda menjadi lemah semangat, lemah longlai dan lemas.

4. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah..
Bila anda mula punch kad untuk nak masuk kerja, mulakanlah dengan baca Bismillah.., moga anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuatkan anda lalai, mengantuk [macam tak cukup cas bateri saja].

Anda kata anda seorang pelajar, bermula dari nak masuk kelas..duduk di kerusi anda dan mula nak bukak buku, mulakan semuanya dengan Bismillah.. Moga apa jua yang anda lakukan akan mendapat keberkatan.

Masuk sahaja ke dalam kelas, pasang niat dengan ikhlas anda mahu menuntut ilmu. Bila istiqamah dalam melakukannya, anda mempunyai peluang yang cerah untuk Cemerlang!

5. Set Target Kemajuan Diri Sendiri
Ini juga kurang dititikberatkan. Bila keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja.. Kita tak tahu apa yang kita nak capai pada hari ini, betul tak? Kita hanya nak sampai di sana bekerja (atau menghadiri kelas) lepas tu nanti petang, balik rumah dan berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi bangun dan perkara yang sama berulang lagi.

Hidup anda bagai dalam 1 bulatan..situ-situ saja..

Mulai hari ini, ubah sikap anda. Set target apa yang anda mahu capai. Lagi best setkan untuk setiap hari. Andai anda pelajar, set target berapa bab yang anda nak ulangkaji? Berapa bab buku yang anda nak baca minggu ini? Berapa soalan yang anda nak tanya pada lecturer atau guru nanti?

Andai anda seorang usahawan, set target berapa jualan yang anda nak capai hari ini  dan berapa keuntungan yang anda nak dapat hasil dari perniagaan anda. Set juga apa yang anda nak pelajari hari ini dalam bidang bisnes anda.

Andai anda seorang pekerja, set berapa tugas yang anda nak siapkan dan set limit masa untuk anda menyiapkan segalanya. Kecekapan seorang pekerja dinilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan.

6. Lihat Warna Cerah
Warna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuatkan kita lebih energetik, ceria dan penuh dengan idea.

Setiap hari lihat warna-warna yang cerah seperti merah, kuning, biru dan hijau. Cara ni saya dah test sendiri. Berkesan sungguh!

Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood anda menjadi positif.

7. Penuhkan Hati Dengan Kemaafan
Lupakanlah kisah semalam yang pedih. Lepaskanlah semuanya..Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan kesemuanya dari dahulu sampai sekarang.

Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya.

Andai emosi-emosi negatif ini bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi. Kesannya, anda akan jadi orang yang tak bersemangat langsung.

Lebih teruk, anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda.

Anda mesti berubah untuk kemajuan diri.

Berani berubah untuk kecemerlangan hidup.



Oleh: Shukri Abdullah

Rabu, 1 Januari 2014

assalamualaikum

1january2014 alhamdulilah masih diberikan kesempatan bernafas dibumi allah syukur :-)
walaupun tangan agak sakit terseliuh namum ku gigih jua utk pergi bekerja harini miahahahhaha(gelak jahat)
alkisah semalam aku nak angkat si babyboy tu dia dok manjat atas kaki aku tp tesalah angkat tangan aku plak tetibe ade kuar bunyi kreeek!! oh sakit disitu ingatkan sakit sikit je skali bangun pagi tadi cm bengkak plak ya allah sakit ya amat dong kupikirin sakit sikit je td test pegang pen nk menulis skali xbole terasa sakit sangat huwarrrrgggggghh ngs smbil lap hingus sob sob ok la nk g lap hingus jap ade rezki ketemu lagi babai..
SELAMAT TAHUN BARU WORLD moga smua azam2 kalian dapat dilaksanakan dengan sukses ditahun baru ni dan mendapat rahmat kasih sayang dr allah amin :-)


Khamis, 14 November 2013

happy 1st aniversary

assalamualaikum

harini 14 november 2013 jadi genaplah setahun usia blog aku ni pheeewwww
selamat ulang tahun blogku walaupun ku dah lame xbelai2 ko xmanja2 dengan ko tapi ko tetap setia bersamaku cewaaahhh hahahhaha..14 november 2013 tarikh yg sama jugak genaplah 2tahun aku membanting tulang di company tempat aku bekerja ni dengan hasil titik peluh membanting tulang dekat sini aku bole beli MR KIM i lebyu so ketat2 sebab ko banyak menabur budi dan jasa kat aku.




cukop dulu celoteh malam ni kita jumpa lagi tahun depan ye heheheheh malam ni aku ot smpai malam mencari rezki yang halal moga rezki sntiasa diberkati allah taala amin

Sabtu, 23 Mac 2013

assalamualaikum

macam biasa hari sabtu msti mood malas akan datang heheheh
tapi happy pon ye gak sbb hari sbtu dpt balik keje awal 2pm dh balik hoyeh hoyeh

**sedih btol sejak akhir2 ni bile tengok bdn kt cermin msti dlm hati ni berkata gemokkkss nye aku ni adusssss..hari2 kerja duduk jek ngadap pc ngadap file2 kertas2 bile smpai mase lunch makan makan makan bile stress gn kerja pon makan makan makan mane badan xnaik :-(

bile jmpe kawan2 lame pon dorg akan cakap "eh nape bdn ko makin naik ni"
"joy gemoks nye ko" "msti ko skrg gah sng hati kn badan makin naik ni"
hahahah macam2 dorg ni actually sejak aku abs belaja ni and balik menetap dgn family mmg aku rase sgt2 best seronok happy gumbira and bla bla bla mane taknye hari2 xpayah pk nk mkn ape yg mne ade dpn mate smua aku telan rezki2 pulak tu mak aku ni mmg masterchef kalo msk over sedap mmg sah2 la badan aku ni bole triple naik bekembang bolatsss hhehehe klo dulu time stdy mkn megi sokmo maklum la student kdg bz gn asigment mne sempat nk kuar mkn kan duit blnje pon kne saving selagi bole jimat selagi tu la jimat...bebalik pada topik asal yang aku nk cte td stat dari hari ni aku berhasrat pada diri sndri yang aku msti turunklan berat badan aku ni sebelum macam2 penyakit malang datang meninpa aku..skrg pon aku rase semakin malas dan cepat tercungap2 bile jalan ckt pon dh mule rase letih kaki pon slalu sakit2 pale slalu pening denyot2 macam2 lg aku rase aku risau nk g checkup takot kalo doc ckp aku ni OBESITI oh no tak snaggup aku nk mendengarnya lagi pula mak aku penghidap kencing manis kata org penyakit kencing manis ni keturunan so scary...jadi moh ler kite rmai2 menjaga kesihatan dri utk menghindarkn penyakit berbahaya bersarang kt badan..ok la kte jmpe lagi di lain entry nti aku syer kn progress aku dlm usaha menurunkan berat badan bye tata assalamualaikum :D

fokus kt perot aku yg dh dabel2 belipat tu heehe
amoi kt sblh ni opis mate aku dia mix cina thai cun kan

Jumaat, 22 Mac 2013

jumaat

assalamualaikum

alhamdulilah jumaat datang lagi syukur masih diberi kesempatan bernafas di muka bumi ini
harini jumaat 22 march hujan rahmat telah turun dengan lebatnye..agak lame bumi jb tak dibasahi hujan
hari2 biase selalu panas terik smpai rase kulit menipis subhanallah..

biase bila hari2 jumaat aku memag suka dengar selawat syifa org berzanji sesungguhnya sangat menennagkan hati jiwa rase makin kuat mengigati allah pencipta sekelian alam kalo xcaye cuba la buat and amalkan insyallah tenang jiwa hati yg gundah gulana pon bole jadi soft segala masalah bole ilang bile hati kita sntiasa berzikir istigfar mengigati allah..baru2 ni aku ade tejumpa 1 blog ni bila buka blog die ati aku rase tenang je damai rasa hati ni kt blog dia sbb bile bkk je blog die msti kuar selawat nabi "binnabil huda"
tuan empunya blog tu seorang gadis manis sangat cantik wajahnya even aku tak kenal dia tapi aku dapat rasakan yg dia seorang manusia yang baik akhlak..slalu aku chating dengan dia kt chatbox je..kerana "binnabil huda" juga la aku selalu berkunjung ke blog dia smpai la skrg heheheh tapi aku just silent reader blog dia je..http://cikwand.blogspot.com/ ni link blog yang aku maksokn tu :D


ni video yg membuat aku jatuh cinta hingga ke hari ini dan saat ini aku msti akan dengar berulang2 kali

Rabu, 6 Mac 2013

senyum

assalamulaikum

kadang2 kita wajib tersenyum utk membuatkan orang disekitar kite merase selesa bila berada disisi kita
kadang2 kita msti tersenyum utk membuatkan kucing2 yg berada disekitar kita aman
kadang2 kita perlu tersenyum ketika melayan customer agar mereka merasa diri dihargai
kadang2 kita harus tersenyum walaupon dlm hati kita berduka
kadang2 dengan 1 senyuman itu akan memberi 1001 kekuatan kepada diri kita jadi
SENYUM LAH DAN DUNIA AKAN TERSENYUM BILA MELIHATMU

senyum itu kn sedekah jadi senyum lah wahai hati